Sabtu, 8 Mei 2010

Kepentingan Sungai Kepada Manusia

Sejak bermulanya tamadun manusia, sungai memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia.

Tamadun Manusia

  • Kebanyakan bandar-bandar yang wujud sekarang bermula dengan perkampungan kecil yang berkembang mengikut masa.
  • Sebagai contoh, Bandaraya Kuala Lumpur yang berkembang dari perkampungan perlombongan bijih timah di pertemuan antara sungai Gombak dan sungai Kelang.

Makanan

  • Sungai banyak memberikan sumbangan kepada manusia dengan membekalkan sumber protein yang tinggi untuk badan seperti ikan air tawar terutamanya bagi penduduk di kawasan pendalaman.

Bekalan Air

  • Air di sungai digunakan untuk mengairi kawasan pertanian seperti kawasan penanaman padi di Dataran Kedah, Dataran Kelantan, Delta Irrawaddy dan Delta Menam Chao Phraya.
  • Air sungai juga digunakan untuk kegunaan industri seperti industri pemprosesan kelapa sawit.
  • Sungai juga berperanan dalam kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi.

Kuasa Hidroelektrik

  • Sungai yang bersaliran deras di bahagian hulu sesuai untuk menjana kuasa elektrik hidro seperti Sungai Huang He dan Sungai Indus.

Rekreasi

  • Banyak aktiviti rekreasi dijalankan di sepanjang sungai seperti berkayak, memancing dan berenang.

Definisi Sungai


Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata air ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit dan merupakan cara biasa air hujan turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya dipanggil ulu.

Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut. Sesebuah sungai biasanya terdiri dari beberapa anak sungai yang bergabung.